Sunday, May 15, 2011

Si "A" dan Si "R"

Sape si “A” dan si “R”?

Mesti korang tertanye2 kn?hehehe…
Sebenarnye si “A” dan si “R” ni adelah 2 jejaka yg melekat kat dalam hati aku ni (melekat mcm kena gam ngn gam gajah XD)

Dorg berdua ni berasal dari Taiwan,mempunyai perwatakkan yg sgt berbeza (mcm langit ngn bumi la, tapi klau bergabung “meletup” mcm adam ngn stacy XD)
dorg berdua ni ade ciri2 lelaki idaman aku (ade sgt2 XD)dan dorg ni ade keistimewaan yg tersendiri…

First aku nak cite psl si “A” dulu…

Si “A” atau name sebenar dia Andy Chen Yi,berasal dan dilahirkan di Taipei,Taiwan pada  16 October  1986,Penyanyi dan pelakon… in secondary school dia sekolah kat kanada…

Seblum dia jadi artis,dia popular dalam cyber world ngn name “ZeroPointSix” (0.6)

Aku memula kenal dia mase aku “ter”tgk MV dia bertajuk "Yi An Lian Wo" kat 8tv ke kat Astro???x sure huhu ,thn brape pun x ingat,rase2 2006 kot??? yg membuatkn aku tertarik nak tgk MV dia tu pasal imej dia dalam MV tu mcm Elf  XD....dia pakai telinga palsu mcm hobbit dalam cite lord of the rings tu huhuhu…then aku “ter”tgk dia lagi skali dalam show Guess Guess Guess…pastu terus dok terbayang je muke dia huhuhu…

Mula2 dulu dia bergerak solo,ngn imej dia berambut panjang,sweet je (mcm pompuan pun ade gak aku tgk dia ni masa tu XD) then start thn 2009 dia bergabung ngn kawan dia Kris Shen,dorg tubuhkan group “AK” (Andy Kris)

Cite pasal perwatakkan dia lak,dia ni jenis happy go lucky orgnye,senyum je memanjang (suke tgk dia senyum pasal nampak gigi arnab dia XD XD) then dia nampak manja,pemalu,klakar dan sopan, tapi kekadang bleh tahan gak clumsy dia ni XD

Dia ni stylo,suke cube fesyen mcm2 fesyen,paling stylo rambut dia,style rambut dia yg paling latest, style spiky then dia colourkan rambut dia colour merah (mcm berapi je aku tgk rambut di kerkerker XD)

Dia ni rajin bergambar dan suke amik gambar yg pelik2 XD

Dah banyak kali dia dtg m’sia…thn ni je dah 2-3 kali dia dtg…tapi aku x berkesempatan lagi nak jumpe dia…hopefully one day dpt la jumpe dia ^_^

Pasal family background dia lak aku x tau,aku Cuma kenal mak dia je,tu pun pasal dia pos gambar dia ngn mak dia kat facebook AK…mak dia cantik sgt ^_^ no wonder dia good looking…bapak dia atau adik beradik dia x pernah Nampak lak,tapi aku rase dia ni anak tunggal kot…

Drama pertama lakonan dia yg aku tgk “Bad/Mean Girl Ah Chu” (E nu ah cu) dia berlakon sebagai Gui Hao Ran (Gui Wa)…dah 2 kali tgk cite ni,memang best ^_^ comei je dia dlm cite ni…

Setakat ni x pernah dgr lak gosip pasal dia bercinta ngan mane2 artis pompuan or mane2 pompuan la…x pernah dgr lagi yg dia dah ade girlfriend…tapi yg aku tau dia dah ade wife,wife dia org Malaysia kihkihkih (mode prasan aku dah dtg)





gambar dia mase study kat kanada ^^


 






Skrng nak cite pasal si “R” lak…

Si “R” atau name sebenar dia Roy Chiu/Qiu Ze, berasal dan dilahirkan di Taipei,Taiwan pada 14 October 1981,Penyanyi,pelakon dan model…dia memegang kedudukan tinggi dalam pasukan volleyball sekolahnye mase dia berade di sekolah menengah dan terpilih sebagai pemain bola kebangsaan. Dia belajar di Taipei's Sports Institute then lepas tu dia masuk dalam industri hiburan masa dia di tahun 1 di Universiti.…di jepun dia dikenali sebagai “Taiwanese Takky” pasal muke dia ade iras2 mcm Hideaki Takizawa…tapi kat Taiwan fans dia gelar dia “Orlando Bloom Taiwan”…dia ade “kembar”,name” kembar” dia Mike He (He Jun Xiang)…muke dorg ni memang sejibik,ramai yg ingat dorg ni adik bradik and slalu konfius ngn dorg ni,roy chiu dorg panggil mike he,mike he dorg panggil roy chiu huhuhu…aku nak sgt tgk dorg berlakon together,jadi adik bradik kembar ke ^^

Dia ni aktif dalam bidang sukan especially sukan lasak, mcm main volley ball,Racing kete,Go-kart,mendaki gunung,terjun bangunan pun ade gak…

Perwatakkan dia ni pemalu dan pendiam,org kate dia ni sentiasa “calm” and “cool” tapi sebenarnye dia ni rocker yg sensitif,dia mudah menangis…dia nampak sgt penyanyang dan suke kan budak2 ^^

Mula2 aku kenal dia dulu masa aku “ter”tgk drama Easy Fortune Happy Life,aku tgh tukar2 channel tv,dgn  tetibe ternampak lak mamat ni,terus melekat tgk cite tu hehehe…dalam cite ni dia berlakon sebagai Han Dong Jie…watak dia ala2 mcm ah long tapi ah long yg sopan dan baik hati ^^

Dulu dia muncul sebagai penyanyi,tapi kerjaya nyanyian dia mcm x brape menjadi,sebab dia x puas hati ngan konsep album dia sendiri…dia ni berjiwa rock,so dia banyak compose lagu2 yg memang berjiwa dia ,tapi record company dia reject kebanyakkan lagu2 yg dia cipta,sebab dorg pentingkan permintaan pasaran,so dia terpaksa la menyanyi lagu2 ballad yg mendayu2…bile album tu kluar dia luahkan perasaan dia,dia kate album tu totally “bukan” dia…

Pada tahun 2006, Roy menghilang diri dari dunia hiburan untuk melaksanakan khidmat negara... then dia buat comeback ngan drama Invincible Shan Bao Mei

Setakat ni yg aku tau dah 3 kali dia putus cinta,dan dia pernah bercinta ngan Rainie Yang (Yang Cheng Lin)…then kluar gosip lak kate dia bercinta ngan Joe Chen (Chen Qiao En) since dorg berlakon together dalam drama Easy Fortune Happy Life…yg peliknye aku suke sgt tgk dorg ni together,Nampak sweet sgt2,dorg nampak padan berdua,dan aku hope sgt dorg ni betul2 couple…bile reporter tanye dorg deny kan pasal relationship dorg tu,kate dorg just kawan je…tapi sekrng ni dgr cite dorg dah broke up lak T.T tapi roy chiu kate dorg still baik dan still berhubung…x tau la mane satu yg betul…hanya dorg jela yg tau…

Tentang imej dia lak,dia ni jenis simple je,yelah rocker la katekan…tapi dia pakai ape pun Nampak cool ^^

Dia x pernah lagi dtg m’sia…bile la agaknye dia nak dtg?

Pasal family background dia aku x tau dan x kenal langsung sape family dia,tapi yg aku tau dia ade kisah sedih pasal family dia…dia pernah cite kat reporter yg setiap kali dia nak melakonkan babak menangis dia akan ingatkan kisah family dia,tapi bile reporter tu tanye kenape?dia x nak cite lak pasal family dia…ermm kekadang kesian gak tgk dia ni,pasal dia nampak mcm sorg2 je dalam dunia ni,dulu dia ade tulis dalam blog dia,pasal dia celebrate birthday dia sorg2 TT.TT sedeynyeee…











Demikianlah hikayat kisah si “A” dan si “R” bleh la di jadikan  bedtime story lepas ni (mau mimpi ngeri korang ha ha ha)...kedua2nye memang aku minat giler…slalu berangan nak dpt BF mcm dorg ni (berangan jela cik kiah)…setakat ni x jumpe lg la…kuikuikui

No comments:

Post a Comment